welcome....

" PUT A SMILE ON THE FACE ... THE JOKER "

tengok.. kejap je..

Monday, August 29, 2011

28.08.2011 - Nota buat ayah tersayang...

Assalamualaikum....
Ayah.....
Sepanjang 26 tahun orang hidup sebagai anak ayah x pernah sekalipun org tulis surat untuk ayah...
Mungkin sebab selama nie ayah selalu je depan mata org.. jd org pon jd leka..
Baru sekarang org paham perasaan orfg yang tulis citer nie..
Bkn niat nk tiru die pon...
Tapi just nk luahkan rasa hati org....

Ayah...
Camne nk lalui hidup nie tanpa ayah...
Baru sehari ayah xde org da teringat2....
Bukan sekejap org jage ayah...
Da 4 tahun lalui segala suka duka jaga ayah...
Mandikan ayah, bg makan, tolong ayah berjalan...
Walaupun org bukan anak yang terbaik...
Tapi org da cube bagi yang terbaik untuk ayah....

Ayah...
Sekarang orang da bergelar anak yatim...
Sedih giler bile pikir...
Ayah mewalikan semua anak pompuan ayah time kawen...
Tapi nnt kalau org da bertemu  jodoh??
Sape yang nk walikan org??
Bukan org x redha ayah pergi.. tp org cume terkilan...
Xpe la mungkin ader hikmahnuyer....

Ayah...
Td org masuk bilik ayah....
Terbayang-bayang ayah senyum kt org...
Panggil org dan tanye " Esok raye ea dik"...
Rindunyer org nk dengar suara ayah...
kenapa dulu org xrase pon mcm nie...
Macam mane nk hilangkan rindu nie...

Ayah....
Xsempat org nk belikan ayah baju melayu baru..
Ari tu org da survey dah... ingat kelmarin org nk pegi beli...
Tapi Allah lebih berkuasa.. rupa2nye kelmarin tu...
Tarikh akhir untuk pulangkan Ayah padaNya..
Ya Allah sedih nyer org.. tp xpe la...
da ketentuanNya....

Ayah...
nnt kalau org da jumpe Jodoh org...
InsyaAllah org akan bawak die jumpe ayah..
Walaupun sekadar tengok kubur je..
Orang nk die kenal ayah...
Orang nk die tahu.. Orang ader AYAH TERBAIK DALAM DUNIA....
Dan org nk die tahu.. yang org ader Ayah yang sgt2 menyayangi org..
DIE KENE TAHU TU......

Ayah....
Esok da raye...
Kuat ke kami menyambut Aidilfitri tanpa AYAH??
Da 26 tahun setiap kali raya mesti org akan cium tangan Ayah...
Tp semlm org da cium ayah..
agak2 cukup x 'kenangan' 2 untuk jd bekal sampai org mati...

Ayah.....
Org janji.. orang akan jaga mak...
Orang janji akan senangkan mak...
Semua adik beradik pon janji bende yang same...
Ayah jgn risau k... org akan jage diri...
Ayah tenang je kt saner..
nnt InsyaAllah selagi terdaya org akan kirim doa dan sedekah kt ayah...
Semoga semua tu mampu 'lapangkan' kubur ayah...

Ayah...
rindunyer org pada ayah..
selalu2lah datang dlm mimpi org..
walau sekejap pon xpe...
ORG RINDU...
Salam untuk ayah... (T_T)

Friday, August 26, 2011

Contengan Pengalaman Perjalanan mencari Tuhan....

       Beratkan bile baca tajuk mcm tu.. Mmg pon.. Bkn sebab nk berlagak baik or sebab nk tunjuk yang saya da jd baik.. bukan sebab 2 ok.. Sebab nyer da termaktub ilmu yang baik seeloknya dikongsi.. bukan di peram buat pekasam dan jd harta sendiri... xde pekdahnyer der ( kate budak2 zaman sekarang) :) ..Apepon en3 kali ni lebih kepada muhasabah diri... Ntah la.. Mungkin sebab da perasan macam2 dugaan yang aku dpt sepanjang 4 tahun kebelakangan nie.. Pernah terbaca sepotong doa " Ya Allah kiranya dugaan ini boleh meningkatkan lagi imanku terhadapMu, maka aku mohon jangan lah ko palingkan hatiku dari AgamaMu, redhakan lah aku untuk menjalani setiap dugaan dengan ikhlas.... Dan jika dugaanMu ini mampu medekatkan aku dengan RahmatMu, maka peliharalah aku supaya kuat untuk menghadapinya.. Sesungguhnya Engkau xmemberatkan hambaMu melebihi kemampuannya.. Amin "...

Dulu selalu pikir aku Islam.. Sembahyang cukup, aurat tutup, sedekah buat.. tp 2 semua cukup ker buat bekalan untuk akhirat... Dan dengan menjaga ibubapa yang sakit sudah menjadikan kita sebagai anak yang solehah??? Rupa2nya semua tu propaganda semata-mata.. Rupa2nya aku tergolong diantara "Islam pada Keturunan".. bkn maksudnya xmengamalkan Islam, tp bkn secara keseluruhan.. selalu lupa setiap tindakan TIDAK BOLEH DIHALALKAN jika ia melanggar etika dan perturan dlm ISLAM.. tp da dinamakan ISLAM ZAMAN MODEN.. semuanya di bolehkan atas tiket 'org lain pon buat'....



Tapi Allah masih sayang... Dia ketemukan aku dengan "turning Point".... titik perubahan yang dihulurkan melalui Buku yang x tercapai dek akal.. semua sebab buku ni..
Mungkin bagi org lain buku nie sebagai bahan bacaan ringan.. tp bagi aku buku nie da tunjukkan aku semua langkah yang aku ambil dalam hidup nie lebih banyak 'menjauhkan' aku dari Tuhan.. Tanpa sedar setiap langkah yang diambil rupanya bukan menjadikan diri lebih baik dari semalam, tp lebih buruk dari yang lepas2... Aku cuba untuk berubah dari yang baik kepada yang lebih baik.. cuba untuk jadi manusia yang bergelar inasan.. dan yang paling penting aku TAK NAK jadi " The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th".... kan rugi.. da ader niat nk berubah.. knp nk tunggu lg kan??? Dan untuk ayat "the man" tu akan aku usahakan videonyer dan uploadkan kt blog.. cume cepat dan lambat jerk.. harap2 masih diizinkan Tuhan nk share something dengan semua org.. k la.. last but not least... x rugi baca buku 2.. Alhamdulillah aku masih jumpa jalan pulang sebelum jauh tersesat dalan jalan yang "terang".... :) dan harap berubah untuk selama-lamanya... AMINNN....



Monday, August 22, 2011

Waktu-waktu mustajabnya doa.


01.Satu pertiga malam

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...



Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.

Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.



Doa-doa yang mustajab.

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:

"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:

"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.

Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.

Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?